Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

(Video) 'Baru first time ke? Tak faham protokol?' - Model dikecam kerana cuba viral & aibkan staff AirAsia kerana tak izinkan guna tandas

0

Tidak kira siapa pun seseorang itu, adalah penting untuk beradab apabila bercakap atau berurusan dengan orang lain. Namun, tidak bagi peserta Miss Malaysia International, Sabee Chin. 

Beberapa hari lalu, Sabee memuat naik luahan ketidakpuasan hati dan beberapa video menunjukkan perangai biadabnya terhadap kakitangan AirAsia hanya kerana berang tidak dibenarkan menggunakan tandas ketika pesawat itu sudah bersedia untuk mendarat. 

Menurut laporan Sin Chew Daily, Sabee berkata dia pergi ke tandas di bahagian depan dan ketika itu ada penumpang lain di hadapannya dan kedua-duanya perlu menunggu giliran masing-masing sebelum Sabee bertanya pada kru kabin berhampiran apa yang sedang berlaku. 

Kru kabin itu menjelaskan, "Maaf, tandas ditutup, tak boleh digunakan. Sila kembali ke tempat duduk anda,". 

Bagi mereka yang sudah biasa menggunakan pengangkutan udara, faham dengan arahan tersebut di mana tandas memang tidak boleh digunakan ketika pesawat mahu berlepas atau mendarat. 

Sabee sekali lagi meminta kebenaran untuk menggunakan tandas. Namun kali ini kru kabin itu tidak menjawab dan cuba meneruskan tugasnya dan meminta Sabee dan penumpang seorang lagi kembali ke tempat duduk. 


Tidak puas hati, Sabee mula mempersoalkan tindakan kru kabin itu dan membuat rakaman video. Malah dia mengugut mahu membuat aduan terhadap AirAsia sedangkan dia sendiri yang mencetuskan kekecohan itu. 

Sebaik pesawat itu selamat mendarat di lapangan terbang, Sabee sekali lagi membuat rakaman video dan berkata, "AirAsia! This is AirAsia ok.". 


Meskipun Sabee bertindak sedemikian, kru kabin masih meneruskan tugas mereka dan menunggu Sabee bertenang. 

Susulan viral itu, netizen mengkritik Sabee yang berkelakuan biadab dan menegaskan kakitangan AirAsia hanya mengikut protokol dan tidak seharusnya diperlakukan seperti itu.

Bagaimanapun, video tersebut telah dipadamkan dan Sabee memohon maaf di atas kelakuannya dna berharap pihak AirAsia dapat menerima pemohonan maafnya itu.

"Saya memohon maaf di atas apa yang saya telah lakukan dan terpulang kepada AirAsia untuk tindakan seterusnya. Saya berharap mereka dapat menerimanya. Terima kasih," katanya menerusi kemaskini di Facebook malam tadi. 


Sumber: Facebook Sabee敏感的阿業雞湯

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram