Budak 2 tahun retak tulang kaki dilanggar kereta di depan rumah


Semalam, viral di media sosial video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan seorang kanak-kanak berbasikal di depan rumahnya dilanggar kereta. 

Lapor Harian Metro, kejadian itu berlaku pada jam 6.27 petang di Jalan Parklands, Taman Semenyih, Kajang, Ahad lalu yang menyebabkan kanak-kanak lelaki itu retak tulang kaki kiri. 

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, bapa mangsa membuat laporan polis pada jam 10.07 malam tadi memaklumkan kejadian itu. 

"Kemalangan berlaku apabila mangsa sedang bermain dengan anak jiran sebelum tiba-tiba menghala ke jalan dan berlanggar dengan kereta. 

"Akibat perlanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan retak tulang kaki kiri dan dihantar ke Hospital KPJ Kajang untuk menerima rawatan. 

"Mangsa dibenarkan pulang selepas menjalani rawatan," katanya. 

Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Sumber: Harian Metro

LAPORAN BERKAITAN