Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Caj RM1 untuk warga asing guna Bas Smart Selangor

0

Kerajaan Negeri Selangor bercadang untuk mengenakan caj sebanyak RM1 kepada warga asing sebagai bayaran menggunakan perkhidmatan Bas Smart Selangor mulai tahun depan.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari bagaimanapun berkata bagi warganegara Malaysia perkhidmatan bas itu kekal percuma.

“’Smart Selangor Delivery Unit’ akan menyediakan sistem ‘Tap To Ride’ pada semua Bas Smart Selangor bagi membolehkan warganegara menggunakan kad pengenalan untuk menaiki bas itu secara percuma.

Manakala kutipan caj terhadap perkhidmatan itu daripada warga asing pula digunakan untuk menyelenggara serta menambah jumlah laluan Bas Smart Selangor pada masa depan," katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2020 yang bertemakan 'Selangor Negeri Unggul, Kehidupan Bermartabat' pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.

Beliau berkata pada masa ini, Bas Smart Selangor mempunyai 41 laluan di 11 kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Justeru katanya, PBT disaran supaya mengambil pendekatan untuk menilai laluan bas tersebut agar lebih terhubung dengan jajaran dan stesen pengangkutan awam seperti Stesen Transit Aliran Massa (MRT), untuk memberi lebih manfaat kepada rakyat.

“Kerajaan negeri juga memberi jaminan akan mengekalkan kelangsungan perkhidmatan itu dengan peruntukan RM30 juta pada tahun depan," katanya.

Persidangan DUN ditangguhkan ke Isnin ini.

Sumber: Bernama

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram