'Dah setahun plan, semua dah print & study tapi..' - 5 sekawan pergi Korea balik hari, tak lepas Imigresen


Lagi kes pihak Imigresen Korea Selatan menghalau pelancong Malaysia atas sebab-sebab yang tidak diketahui, membuatkan ramai netizen yang bakal atau merancang bercuti di negara itu terpaksa berfikir dua kali sebelum meneruskan perancangan mereka. 

Kes kali ini melibatkan lima lelaki muda yang telah membuat perancangan bercuti ke Korea Selatan sejak setahun lalu dan impian melihat keindahan dan budaya di negara K-Pop itu terbantut. 

CERITA MACAM MANA AKU PERGI KOREA BALIK HARI DAN TERUS KE BANDUNG

So basically ini cerita pasal macam mana aku pergi Korea balik hari, selepas itu tiba-tiba ada di Bandung, Indonesia. Hahaha! 

So nak dijadikan cerita, aku dengan empat orang kawan sekerja planning untuk pergi ke Korea Selatan (one year planning). Sudahlah cuti boss tak nak sign (hampeh punya boss) tapi kitorang cuti juga sebab semua dah book dan sudah membuat pembayaran. So 6 November 2019 tu flight kitorang. Macam biasalah, ready apa yang patut dan kitorang pun terbanglah ke Korea. 

Bermulalah kisah pengembaraan lima anak muda ke Korea balik hari. Hahaha! Sampai di Incheon Airport tu, masing-masing dah excited. Benda setahun plan, mahu tak excited? So kitorang beraturlah seperti biasa. Sampai giliran aku je di kaunter imigresen, dia ambil pasport aku, kemudian dia macam berbual-bual dengan kawan sebelah dia sambil tunjuk-tunjuk pasport aku. 

Aku dah rasa lain macam. Selepas tu benda yang aku jangka sebelum ini terjadi. Dia suruh aku tunggu di tepi sambil tunggu dia kumpul semua kawan-kawan aku yang lain. Kemudian kitorang dibawa ke bilik kuarantin atau bilik termenung. 


Untuk pengetahuan, semua benda aku dah standby untuk percutian ini. Semua benda dah print dan aku compile untuk setiap seorang. 
  • Arrival/Custom Declaration form
  • Tiket balik
  • Complete itenerary 7 hari
  • Segala booking yang aku buat untuk theme park, Nami Island jadah semua
  • Booking hotel
  • Confirmation letter company

Semua benda alah ni aku dah print siap bagi setiap seorang dan suruh mereka study itinerary itu.

So sesi soal siasat pun bermula. Aku buat relaks saja jawab soalan yang dia tanya. Aku tak tahulah kawan-kawan aku jawab macam mana. Tapi aku jawab mana yang aku boleh jawab. Pasal dia pun bukannya tahu cakap bahasa inggeris. Dia guna translator yang kau kena cakap dekat phone dia tu, lepas tu orang tu translatekan. So aku tak rasa benda itu 100% efisyen. Tapi nak buat macam mana kan, negara diorang. 

Aku pun jawab segala persoalan pasal kerja, status aku, pasal company aku kerja dan juga segala itenerary aku sepanjang di sana. 


Dipendekkan cerita, selepas sesi soal jawab selama lebih kurang dua jam, dia pun keluarkan satu surat suruh aku sign. Tapi aku tak nak sign surat tak dibenarkan masuk Korea. Aku cakap dengan dia, tak boleh ke nak buat rayuan ke apa? Dia cakap tunggu dulu dalam bilik termenung itu. Aku pun tunggu dan tunggu dan tunggu sambil termenung dalam kelaparan. 

Lapan jam sudah berlalu, aku dan kawan-kawan lain bersama dengan beberapa lagi tahanan dibawa ke satu bilik menunggu. Dah macam banduan aku rasa sebab kena beratur 3-3. Terkeluar sedikit dari barisan, kena marah weh! Hahaha! 


Dari aku kena tahan tadi sampailah sekarang aku dengan member-member lain tak diberi air ke apa ke, bapak lapar weh! Last makan dalam flight je. Di bili ktermenung lagi sekali ini basically tengah tunggu masa balik je. So kitorang pun redha sajalah. 

Tetapi kitorang sebenarnya tidak diberitahu pun apa sebab kitorang tak lepas masuk, bila kitorang akan balik apa semua. Kitorang macam tergantung sepi je kat situ. Hisap rokok pun tak boleh lama-lama, kena jerit dengan diorang. B*** sungguh layanan diorang. Lagi sejam sebelum flight kitorang, barulah diorang bagi kitorang roti dan air. Itu saja. 


So aku pun tanya dengan salah seorang pengawal keselamatan di situ yang macam okey sikit, boleh tak tengokkan kat white board tu kitorang balik pukul berapa. So dia cakap kitorang akan balik pada jam 11.30 malam. Sedap sikit hati sebab dapat balik. Aku dah tak fikir apa dah, cuma fikir nak balik dan tinggalkan tempat s**l ini. 




Nak dijadikan cerita, aku pun terasalah kasihan kat kawan-kawan aku. Pasal ada tiga orang first time travel ke luar negara kena masalah macam ni. So aku tanya diorang berapa duit yang diorang ada, buat kira-kira time itu juga dan aku cadang bawa diorang pergi Bandung sebab Bandung tu dah macam kampung aku. Tiap-tiap tahun aku pergi.

Aku pun call contact aku kat Bandung, suruh tolong bookkan apa yang patut. Yela, benda betul-betul last minute. Dia pun setuju nak tolong semua. Alhamdulillah. 

Sampai di KLIA jam 5 pagi. Keluar pergi sarapan, tunggu money changer buka semua, park kereta di Salak Tinggi terus balik KLIA2. Semua naik flight ke Jakarta jam 2.30 petang dan habiskan semua cuti dan duit kitorang kat Bandung. 

Jadi itulah cerita macam mana aku dengan kawan-kawan pergi Korea balik hari dan terus ke Bandung untuk menghiburkan hati yang lara. 










Aku nak pesan kepada semua yang nak pergi ke Korea, pastikan semua standby cukup-cukup. Study betul-betul tapi macam aku semua cukup still tak lepas. Anggap salah bukan rezeki. Rezeki aku dengan kawan-kawan di Bandung di samping awek-awek Bandung yang cun. Sebenarnya trip yang random ini lagi best. Just think positive, jalan terus! 

Totak duit lebur: RM2,000/person 

Kitorang tak diberitahu kepana kitorang tak dibenarkan masuk. Dah tanya, kena marah. Suruh duduk diam-diam dalam bahasa Korea. Benda dah jadi pun, kitorang pun redha je dengan apa yang jadi. Share pun untuk panduan orang lain yang ada planning nak ke sana. 

Sumber: Azam On Fire