Denda RM10,000, penjara 2 tahun jika didapati merokok di kedai makan mulai 1 Januari 2020


Bermula 1 Januari 2020, mana-mana perokok yang ingkar dengan larangan merokok di semua premis makanan akan dikenakan tindakan undang-undang. 

Peraturan itu menetapkan, individu yang mahu merokok adalah wajib melakukannya di luar jarak tiga meter atau kira-kira 10 kaki dari setiap premis berkenaan. 

Kegagalan mematuhi peraturan itu boleh menyebabkan perokok didakwa di mahkamah dan jika disabit kesalahan boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun. 

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, sehingga pihaknya sedang giat menjalankan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan, selain menekankan aspek pendidikan dalam isu tersebut. 

Dalam pada itu, Dzulkefly menjelaskan, sebanyak 146,607 premis makanan telah diperiksa dan 31,422 notis amaran telah dikeluarkan yang melibatkan kegagalan meletakkan tanda larangan merokok, masih terdapat pelanggan yang merokok di kawasan kedai dan aduan dari pelanggan. 

Sementara itu mengenai isu vape, Dzulkefly berkata pihaknhya sedang berbincang dengan pihak Kementerian Pendidikan langkah-langkah untuk memastikan masalah penggunaan vape di kalangan pelajar sekolah dapat dibendung. 

Sumber: Astro Awani