Identiti individu dalam video semburit akan diketahui sebelum hujung tahun ini


Dalam perkembangan terkini mengenai kes video semburit yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali, Polis Diraja Malaysia (PDRM) yakin identiti lelaki dalam video itu akan diketahui tidak lama lagi. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed berkata, klip video itu telah dihantar dan dianalisis oleh seorang pakar forensik digital di sebuah universiti di Amerika Syarikat bagi mengetahui ketulenan serta identiti yang terlibat dalam rakaman tersebut. 

PDRM melantik pakar dari luar negara untuk membuat analisis kerana perlukan badan bebas untuk membuat analisis mengenai kes itu.

Huzir berkata, kertas siasatan kes itu juga sudah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara antara tujuh dan lapan kali dan pihak terbabit sudah diberi arahan untuk dilaksanakan. 

"Polis telah pergi ke AS baru-baru ini dan mereka sudah balik. Laporan analisis tersebut akan dibekalkan kepada PDRM dalam masa terdekat.

"PDRM sangat yakin (keputusan akan diperoleh) sebelum hujung tahun," katanya. 

Sumber: MalaysiaKini