Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Luluh hati tengok si comel dianiaya ini' - Kucing dihukum gantung sampai mati

0

Kejam dan tidak berhati perut! Tergamak individu yang tidak bertanggungjawab menggantung seekor kucing jalanan sehingga mati dalam kejadian yang berlaku di Tanjung Malim. 

Persatuan Haiwan Malaysia (MAA) memuat naik gambar menyayatkan hati itu di Facebooknya semalam dan menawarkan ganjaran RM1,000 kepada individu yang mempunyai maklumat mengenai suspek. 

"Apa salah kucing kerdil ini dihukum gantung sampai mati? Hingga kalian membunuhnya tanpa rasa bersalah?" kata pengendali laman Facebook MAA. 

Menurut sumber, kejadian itu berlaku pada 19 November 2019 di Pondok Bit Arena Square, Tanjung Malim, Perak. 

MAA menggesa mana-mana orang awam yang mempunyai maklumat mengenai suspek kejadian tampil untuk membuat laporan polis dan akan menerima ganjaran RM1,000. 

Mengikut undang-undang di Malaysia, mana-mana individu yang menganiaya haiwan sehingga mati boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015. 

Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi MAA melalui WhatsApp di talian 011-20901097 untuk membantu siasatan.

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram