Pelajar buta dirogol dua gurunya di sekolah


Dua guru didakwa merogol seorang pelajar buta selama dua bulan di sebuah sekolah khas untuk golongan anak kurang upaya. 

Chaman Thakor, 62, dan Jayanthi Thakor, 30, didakwa merogol remaja perempuan berusia 15 tahun di bilik muzik. 

Kejadian itu terbongkar selepas keluarga mangsa curiga apabila remaja itu kerap pulang lewat dari sekolah. 

Mangsa kemudian menceritakan perkara itu kepada ibu saudaranya di mana maruah dia telah diragut oleh dua guru terbabit. 

Menurut mangsa, kali pertama dia dirogol di dalam bilik muzik oleh Chaman. Tiga hari kemudian, Jayanthi pula melakukan perbuatan terkutuk itu di bilik yang sama.

Difahamkan, mangsa dimasukkan ke sekolah itu pada Julai lalu untuk belajar muzik. 

Inspektor Ambaji berkata, dua suspek terbabit telah melarikan diri sebaik saja perbuatan mereka didedahkan. Pihaknya kini sedang giat memburu dua lelaki itu. 

Pihak sekolah juga telah memecat kedua-dua guru berkenaan sebaik mengetahui kejadian tersebut. 

Sumber: Daily Mail