'Tak nak staff lelaki' - Baby lemas dalam kandungan, si ibu demand tak nak doktor lelaki di saat kecemasan


Proses kelahiran anak-anak sememangnya dinantikan oleh ibu bapa. Secara normal atau pembedahan, itu bergantung kepada tahap kesihatan dan perkembangan ibu dan bayi. Segala arahan doktor dan jururawat perlu dipersetujui oleh ibu bapa demi menyelamatkan nyawa dua insan.

Berlainan pula situasi yang dikongsikan oleh seorang doktor lelaki. Ujarnya melalui perkongsian di Twitter, pesakit ini menolak untuk menerima doktor lelaki ketika proses pembedahan dijalankan.

"So here’s the tea. Had one patient pushed to emergency C-section earlier today for fetal distress (read: bayi lemas). I was running from ground floor to OT (operation theater)because baby lemas.

"Sampai je the mom buat muka and said “tak nak staff lelaki" I’m sorry?"

Menurut doktor ini, situasi kecemasan sebegini bukan masanya untuk meminta-minta,tetapi perlu fokus kepada nyawa bayi dan dirinya.

"I’m sorry sister! This is not a situation where you could demand for a female staff. This is an emergency! Bukan suka-suka nak main aci tak aci nak belah perut orang. Your baby is struggling to live. Plus bukan satu bas kerja malam, 2 3 kerat je, and I’m sorry kalau I happened to be a man.

"And for an antivac, I supposed you’re religious enough to realized that this is the one yang Islam kata darurat. You’re free to choose, the choices are yours, we respect that."

Kata doktor ini lagi,apabila berada di situasi sebegini, serahkan pada yang pakar.

"But just know when it comes down to this kinda situation, leave it to ahlinya ok. And yes I’m pulling the ‘I’m the doctor’ card. Not you!"

Sumber: Juna