'Tak sempat game..' - Rindu dendam di hotel bajet tak kesampaian


Sepasang kekasih ditahan kerana disyaki berkhalwat di bilik hotel di Sungai Petani, dalam serbuan yang dilakukan oleh sepasukan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK). 

Wanita berusia 30-an yang bekerja sebagai penjawat awam bersama pasangannya pengawal keselamatan berusia 30-an adalah antara sembilan pasangan yang ditahan dalam operasi sekitar jam 12 tengah malam. 

Ketika ditahan, wanita itu hanya berselimut di atas katil, manakala si lelaki hanya berseluar tanpa baju. 

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Undang-Undang Syariah JAIK, Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, operasi itu dilakukan di kawasan tersebut yang dipercayai menjadi tumpuan pasnagan melakukan aktiviti maksiat. 

"Dalam operasi ini juga, kita menahan sembilan pasangna dalam pemeriksaan di beberapa hotel bajet di daerah ini. 

"Semua yang ditahan berusia 20-an hingga 40-an. Semua pasangan yang ditahan itu tidak mempunyai ikatan yang sah yang menimbulkan syak melakukan maksiat," katanya. 

Dalam operasi itu juga, seorang lelaki dicekup berkhalwat dengan seorang wanita bukan Islam. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. 

Sumber: Harian Metro