(Video) 'Bakal isteri aku tak pernah komplen' - Netizen kecam iklan produk sampah ajak pelanggannya berzina


Tidak dinafikan semakin banyak produk-produk kosmetik lokal muncul di pasaran lebih-lebih lagi yang dijual secara online, tanpa diketahui produk tersebut berdaftar ataupun selamat untuk digunakan. 

Terbaru, viral di media sosial video iklan produk dewasa mengundang pelbagai reaksi negatif netizen yang rata-rata menyelar dua individu dalam video tersebut di mana ia seperti mengajak para penggunanya berzina. 

Dengan dialog yang tidak bersesuaian, penampilan yang seksi sehingga menampakkan bahagian yang tidak sepatutnya membuatkan netizen berasa jijik dengan video tersebut. 

Berdasarkan video, si lelaki itu memaklumkan bakal isterinya tidak pernah mengadu apabila mereka melakukan hubungan kelamin, semenjak dia menggunakan produk tersebut. 

Malah dia turut menyarankan rakan wanitanya menggunakan produk itu untuk teman lelaki, skandal atau bakal suaminya kelak. 

Kononnya teruja diberi peluang untuk mencuba produk itu, si wanita terbabit gembira dan berjanji akan mengambil gambar selfie bagi menunjukkan hasil penggunaan produk tersebut. 


REAKSI NETIZEN



Pihak berkuasa sewajarnya mengambil tindakan terhadap pihak yang mengeluarkan video seperti ini termasuk mengenakan tindakan terhadap individu yang berlaku dalam video tersebut kerana ia jelas sekali merosakkan minda masyarakat.

Bukan itu sahaja, video seperti itu seperti mengajak anak-anak muda melakukan seks bebas yang akan mengakibatkan penularan penyakit berbahaya seperti HIV.