(Video) 'Kalau kau rasa dah sampai, kau hilang, okey?' - Penat melompat, pocong tumpang kereta orang awam


Viral di media sosial sejak malam tadi video penampakan kelibat makhluk halus yang menumpang kereta pengadu. 

Mohd Hairul Anuar Safar berkata, kejadian itu berlaku pada malam tadi ketika di dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Seremban. 

"Kalau nak tumpang, boleh je. Tapi dahlah tak bayar tambang, payung aku bayar tol pun okey juga. Ni tak, hilang macam tu je. Sekurang-kurangnya ucaplah TQ ke, mekacih ke. Huysss!" tulisnya. 

Berdasarkan video tersebut, Mohd Hairul merakam video itu menggunakan telefon pintarnya pada cermin pandang belakang yang jelas sekali menampakkan 'makhluk' tersebut. 

"Okey aku nak balik Seremban. Kau nak balik mana aku tak tahu. Kalau kau rasa dah sampai, kau hilang okey? 

"Nak tumpang, tumpang. Nak bayar, bayar. Tak nak bayar sudah. Haih orang nak balik kerja time tu lah dia.. takpelah.." katanya dalam video tersebut.