(Video) 'Kami ingin memohon maaf' - Influencer mengaku silap, tak sangka video jadi viral


Jika sebelum ini, dua influencer di Instagram menjelaskan video iklan produk dewasa itu hanya sekadar lakonan, skrip diberi oleh pemilik produk dan mereka mendapat bayaran lumayan, hari ini dua individu terbabit tampil memohon maaf. 

Berdasarkan kenyataan Andika Putera di Instagramnya semalam, dia dan Nadira Isaac memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia yang kurang senang dengan video tersebut. Malah mereka mengakui kesilapan mereka yang menerima tawaran untuk terlibat dalam video produk tersebut. 

"Saya dan Nadira ingin memohon maaf kepada semua orang yang telah tengok video kami. Dika salah dan saya hargai sangat atas semua komen positif mahupun negatif. Dika terima semua komen dengan hati terbuka. 

"Dia akan lebih berhati-hati dan akan memperbaiki diri sendiri. Betul orang kata, semua orang tidak dapat lari dari melakukan kesalahan. Saya belajar dari kesilapan yang telah saya lakukan. 

"Saya baca semua komen di semua media sosial dan saya juga ada reply banyak komen di IG saya atas teguran dan kecaman oleh netizen. 

"Saya harap semua boleh maafkan saya dan Nadira, terima kasih semua. Saya akan belajar untuk jadi lebih baik," katanya. 



A post shared by MUHAMAD ANDIKA PUTERA (@andikaputeraa) on

Difahamkan, Andika pada awalnya bersetuju menerima tawaran untuk membuat video tersebut di mana dia dimaklumkan oleh pihak produk terbabit video tersebut tidak perlu disiarkan di Instagramnya. 

Andika tidak menyangka video itu menjadi viral di media sosial sehingga mengundang banyak kecaman netizen terhadap mereka berdua. 

Semoga apa yang berlaku memberi pengajaran kepada Andika dan Nadira agar lebih berhati-hati sebelum menerima sebarang tawaran yang boleh menjejaskan imej mereka sendiri.