Wanita maut tercekik, skaf tersangkut pada mixer


Seorang wanita berusia 58 tahun mati tercekik disebabkan skafnya tersangkut pada mesin pengadun (mixer). 

Lapor Daily Mail, mangsa sebelum itu sedang membuat kek untuk anak lelakinya yang berusia 15 tahun di rumahnya di Perancis, Ahad, 10 November lalu. 

Ketika itu, mangsa memakai skaf dan secara tidak sengaja kain skaf itu tersangkut pada mixer. Mangsa yang gagal mematikan mesin itu kemudian tercekik sampai mati. 

Anak mangsa yang panik segera menghubungi talian kecemasan di mana operator meminta dia segera mematikan suis mesin tersebut dan memotong skaf ibunya. 

Bomba dan ambulans tiba di tempat kejadian serta cuba merevive mangsa, namun mangsa disahkan meninggal dunia. 

Walaupun jenama dan model mesin pengadun itu tidak dinyatakan, insiden itu wajar dijadikan sebagai peringatan kepada orang ramai terutamanya suri rumah agar sentiasa berhati-hati ketika menggunakan mesin seumpama itu. 

Sumber: Daily Mail