Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Alhamdulillah menang, mahkamah putuskan defendan bayar ganti rugi' - Lelaki menang kes saman bekas tunang batal majlis perkahwinan

0

21 hari sebelum berkahwin, tunang lelaki ini mengambil keputusan untuk membatalkan majlis mereka atas sebab yang tidak diketahui. 

Kejadian yang berlaku pada awal tahun 2017 itu membuatkan, mangsa, Ezrin, bukan sahaja terpaksa menanggung malu, malah terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM30,000 kerana banyak persiapan yang telah dibuat. 

Pada Julai 2017, Ezrin mengambil keputusan untuk memfailkan tindakan undang-undang terhadap bekas tunang yang menganiayanya bagi menuntut ganti rugi kos, selain mahu mempertahankan maruah dan juga haknya. 

Hari ini, Ezrin menyampaikan perkhabaran gembira bagi mereka yang masih mengikuti kes itu bahawa keadilan telah berpihak kepadanya dan bekas tunang diperintah untuk membayar ganti rugi yang dituntut Ezrin. 


"Alhamdulillah, tiga tahun menuntut keadilan dan membela maruah. Akhirnya kebenaran berpihak kepada yang benar. Terima kasih kepada yang menyokong dan yang tidak menyokong. 

"Mahkamah telah memutuskan pihak defendan untuk membayar jumlah ganti rugi yang ditetapkan kepada plaintif kerana defendan gagal mengemukakan alasan/sebab enggan berkahwin. 

"Dengan keputusan yang dah diputuskan oleh hakim yang bijaksana Mahkamah Syariah Rendah Kuala Kubu Bharu, aku harap defendan mengambil iktibar dan tidak mengulangi kesilapan ini lagi pada orang lain.

"Kesimpulannya, jadikan kes ini sebagai satu pengajaran kerana soal perkahwinan bukan sesuatu yang boleh dibuat main-main. Bukan sahaja hati terpaksa menanggung sakit, tetapi duit, masa dan tenaga juga sudah dilaburkan. Akhir kata, lelaki menang," tulisnya di Twitter, semalam.

Sumber: Ezrin

LAPORAN BERKAITAN

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram