Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Gagal sediakan Car Seat untuk anak, saman akan dikenakan terhadap ibu bapa

0

Tindakan penguatkuasaan terhadap penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) dalam setiap kereta persendirian hanya akan dibuat selepas tempoh enam bulan perlaksanaannya, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Menegaskan perkara itu, beliau berkata peraturan berkenaan berkuat kuasa 1 Jan hadapan dan tindakan akan dikenakan terhadap mereka yang ingkar selepas tamat tempoh enam bulan pertama yang diperuntukkan bagi mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat dalam aspek keselamatan.

“Saya tak nak selalu fokus peringkat saman. Enam bulan kita kata tak ada apa-apa tindakan saman dikenakan tetapi selepas itu sudah tentunya kalau undang-undang itu tidak dikuatkuasakan, (maka) undang-undang itu tidak berkesan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Klik Untuk Keselamatan Komuniti di Seremban, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat Lee Lam Thye, Pengerusi Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) Suret Singh, Pengarah Urusan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Azman Ismail dan Penolong Pengarah Pemantauan Operasi, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Mohd Salmi Yahya.

Mengulas lanjut, Loke sekali lagi menegaskan bahawa menerusi peraturan itu, bukan bermaksud kementeriannya mengambil pendekatan yang keras sebaliknya mahu mendidik masyarakat supaya menitik berat soal keselamatan kanak-kanak.

“Kita tak buat pendekatan keras sebegitu cuma kita nak masyarakat faham, dah berkali-kali kita cakap dan saya akan terus mengatakan bahawa peraturan ini adalah untuk keselamatan demi melindungi nyawa anak kita sendiri dan bukannya untuk orang lain.

“Kita harap ibu bapa faham walaupun kita faham ada sedikit beban yang perlu ditanggung yang memerlukan kos tambahan tetapi itu adalah untuk satu perbelanjaan yang akan melindungi nyawa anak kita sendiri,” katanya.

Dalam masa yang sama, beliau berkata memandangkan penggunaan CRS adalah sebahagian daripada keperluan kenderaan, pihaknya dari semasa ke semasa akan melihat bagaimana untuk mengurangkan kos CRS berkenaan.

“Kita akan adakan kerjasama dengan syarikat korporat, badan bukan kerajaan (NGO) dan kita galakkan mungkin ada syarikat korporat boleh beri bantuan tajaan kepada golongan keluarga yang kurang berkemampuan. Tapi ini (pemberian subsidi untuk CRS) tak boleh kepada semua orang sebab ini melibatkan satu jumlah yang cukup besar,” katanya.

Sumber: Bernama

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram