Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Lagu Negaraku hanya boleh dinyanyikan dalam bahasa kebangsaan - PM

0

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, lagu kebangsaan, Negaraku, tidak boleh dinyanyikan dalam bahasa lain selain bahasa kebangsaan oleh rakyat di negara ini. 

Ini kerana katanya, ia sudah termaktub dalam Perlembagaan. Terjemahan lagu Negaraku ditulis dalam bahasa lain hanya dibenarkan untuk memahami maksudnya yang sebenar, bukannya untuk dinyanyikan dalam bahasa lain. 

"Kita tidak boleh nyanyi (Negaraku) dalam bahasa lain, tetapi makna lagu Negaraku dimasukkan ke dalam buku bagi orang bukan Melayu boleh faham perkataannya. 

"Tetapi untuk menyanyi tetap kena guna bahasa kebangsaan kita," katanya. 

Terdahulu, viral di media sosial video pelajar di sebuah sekolah di SJK di Seremban menyanyikan lagu NegaraKu dalam bahasa mandarin mengundang kemarahan netizen kerana ia jelas bertentangan dengan Perlembagaan. 

Namun, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pula mengeluarkan kenyataan bahawa siasatan mereka mendapati pihak sekolah memberi alasan liriknya diubah kepada bahasa mandarin untuk tujuan memberi pemahaman kepada pelajar. 

Dalam kenyataan itu, KPM juga menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar Perlembagaan sama ada dilakukan secara sengaja atau sebaliknya. 

Sumber: Harian Metro

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram