Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Lelaki berusia 50 tahun tonton drama bersiri straight 3 minggu, tiba-tiba buta dan mengalami strok

0

Seorang lelaki berusia 50 tahun di Taiwan secara tiba-tiba hilang deria penglihatannya (buta) dan mengalami strok selepas menonton drama bersiri selama tiga minggu berturut-turut. 

Menurut laporan China Press, perkara itu dikongsikan oleh pakar neurologi dalam sebuah program TV di mana pesakit itu menonton drama bersiri secara berterusan selama tiga minggu menyebabkan dia hilang penglihatan sebelah mata dan mula berasa pening. 

Pesakit itu pada awalnya menyangka mata dia terlalu penat, tetapi daya penglihatannya tidak pulih selepas dia mengalami buta sebelah mata. 

Lelaki itu kemudian pergi berjumpa dengan doktor yang mengesahkan keadaannya disebabkan oleh usianya yang sudah tua dan hanya memberi ubat titis mata. Namun seminggu kemudian, masalah yang sama berulang ketika dia sedang memandu. 

Sekali lagi lelaki itu pergi berjumpa dengan doktor yang kemudian mendapati salah satu arteri karotid pesakit itu sempit dan tersekat sepenuhnya, menyebabkan dia mengalami strok dan juga punca salah satu matanya hilang daya penglihatan. 

Jelas doktor, arteri karotid menyalurkan darah yang dipam dari jantung ke leher sebelum disalurkan ke otak. Sekiranya saluran itu tersekat, ia boleh menyebabkan pesakit mengalami strok. 

Doktor tidak menyebut tabiat pesakit yang menonton TV terlalu lama menyebabkan perkara itu berlaku. Tetapi kajian menunjukkan jika seseorang itu terlalu kerap menonton TV, ia boleh mendatangkan risiko masalah kesihatan, thromboembolism - keadaan di mana gumpalan darah yang boleh menyebabkan maut.

Ini kerana seseorang itu duduk terlalu lama boleh mengurangkan aliran darah yang kemudian berisiko tinggi untuk diserang strok. 

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram