Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Pemandu Myvi tolak lelaki tua OKU keluar dari keretanya - Polis

0

Polis mengesahkan lelaki yang memandu kereta Perodua Myvi berwarna biru secara berbahaya dan melanggar hapir 20 buah kenderaan di Jalan Pudu, Kuala Lumpur semalam, telah ditahan. 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, suspek yang merupakan penjawat awam itu telah ditahan selepas diserahkan oleh orang awam.

Menurutnya, kejadian itu berlaku pada jam 4.50 petang semalam yang turut dirakam penghantar makanan. 

Berdasarkan keterangan saksi (perakam video), pemandu berusia 25 tahun itu menolak keluar seorang lelaki OKU dari kereta melalui pintu depan kiri. 

Dia kemudian mengejar kereta itu dan mengarahkan pemandu itu berhenti tetapi lelaki itu terus melarikan diri dan melanggar beberapa buah kenderaan lain di sepanjang Jalan Pudu. 

Suspek kemudian ditahan oleh orang awam di Jalan Brunei Utara dan diserahkan kepada anggota kereta unit peronda lalu dibawa ke IPD Dang Wangi untuk siasatan lanjut. 

Polis kini masih menyiasat punca sebenar kejadian yang menyebabkan lelaki OKU itu ditolak dari kereta. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan JAlan 1987.

Turut tersebar di media sosial semalam, perbualan WhatsApp saksi yang mendakwa suspek telah menyamun lelaki OKU itu.


LAPORAN BERKAITAN

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram