Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

2 kanak-kanak meninggal dunia disyaki dijangkiti Influenza

0

Dua kanak-kanak berusia 7 dan 12 tahun dilaporkan meninggal dunia disyaki dijangkiti Influenza. 

Dalam kes pertama, murid Tahun Satu, Nur Dinie Damia Muhammad Noor, 7, meninggal dunia pada jam 10.41 malam tadi di ICU Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru. 

Perkara itu dimaklumkan oleh bapanya, Muhammad Noor Amin, 38, "Anak saya dah tiada. Innalillahiwainailaihirojiun."

Difahamkan, Nur Dinie dimasukkan ke ICU sejak empat hari lalu ekoran tahap kesihatannya merosot ketika dirawat di sebuah hospital swasta di Johor Bahru. 

Menurut bapanya, Nur Dinie sebelum ini aktif dan tidak menghidap sebarang penyakit, tetapi tiba-tiba mengalami demam berterusan dan terpaksa dibawa ke klinik serta disahkan dijangkiti Influenza A, lalu dirujuk ke hospital swasta. 

Keadaannya yang tidak menunjukkan sebarang perubahan positif menyebabkan dia dirujuk ke HSA untuk pemantauan pakar. 

Nur Dinie kemudian disahkan mengalami jangkitan pada bahagian hati dan otak mati. 

Sementara itu, laporan doktor pakar kanak-kanak mengatakan Nur Dinie turut mengalami pelbagai komplikasi lain, bukan hanya Influenza sahaja. 

Dalam kes berasingan, kanak-kanak OKU meninggal dunia selepas mengalami demam sejak Jumaat lalu juga disyaki dijangkiti penyakit yang sama. 

Pada awalnya, Nek Mudzlifah Abdul Kahar, 48, menyangka anaknya, Faiz Fauzan Pauzul Kamil, 12, hanya mengalami demam biasa.

"Awalnya saya bawa ke klinik selepas dia demam sejak malam (Jumaat), tapi doktor maklumkan dia hanya alami demam biasa dengan suhu badan 38 darjah Celsius. 

"Kemudian kami bawanya ke hospital swasta pada malam Sabtu selepas dia alami sawan dan ketika itu barulah doktor maklumkan dia alami Influenza A selepas pemeriksaan lanjut dijalankan.

"Saya tidak pasti macam mana dia terkena jangkitan cuma sebelum ini suami ada alami demam, namun sihat seperti sedia kala selepas mengambil ubat. Jangkitan itu mungkin juga terkena di luar," katanya. 

Orang ramai dinasihatkan sentiasa menjaga kebersihan dan etika bersin/batuk. Sekiranya mengalami simptom-simptom penyakit tersebut, segera dapatkan rawatan di hospital atau klinik berhampiran. Elakkan dari pergi ke kawasan tumpuan ramai bagi mengelakkan penyakit itu berjangkit. 

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram