Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

3 pelajar Padawan dibelasah lebih 10 Gengster Asrama selama 2 jam sebelum dibenarkan tidur

0

Tiga pelajar Tingkatan 1 di sebuah sekolah menengah di Padawan, Sarawak, dibelasah selama dua jam sebelum dibenarkan tidur. 

Dalam kejadian yang berlaku pada Ahad lalu di asrama sekolah berkenaan, mangsa telah dipukul lebih dari 10 pelajar senior yang menggelar diri mereka sebagai 'gengster' asrama tersebut. 

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata, kesemua mangsa yang berusia 13 tahun itu dibelasah dari jam 1 hingga 3 pagi menyebabkan mereka lebam di lengan, perut, belakang badan, betis dan bahu. 

Difahamkan, suspek berusia di antara 15 hingga 17 tahun menumbuk dan menerajang mangsa. 

Salah seorang dari mangsa memaklumkan perbuatan gengster asrama itu kepada bapanya yang kemudian membuat laporan polis. Keluarga kepada dua lagi mangsa turut membuat laporan polis. 

Seramai 10 pelajar telah ditahan polis dan saki bakinya masih dikesan. Semua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan untuk disoal siasat. 

Sumber: Harian Metro

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram