Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

3 remaja curi basikal di kejiranan Taman Rinting, dipercayai untuk dijadikan basikal lajak

0

Kelibat tiga remaja menceroboh sebuah rumah di Taman Rinting, viral di media sosial.

Dalam kejadian yang berlaku pada 16 Januari 2020, video menunjukkan tiga remaja terbabit menceroboh masuk ke halaman depan rumah pada jam 1 pagi ketika penghuni dan kejiranan di situ sedang tidur. 

Salah seorang suspek memanjat pagar untuk masuk dan mengalihkan beberapa barangan sebelum merembat basikal milik anak kepada pemilik rumah itu. 

Rakan suspek kemudian turut masuk ke dalam untuk mendapatkan sesuatu tetapi tidak jadi selepas mendapati penghuni tersedar ekoran terdengar bunyi suspek mengalihkan barangan di depan rumahnya. 

Kedua-dua suspek segera melarikan diri dan ketiga-tiga mereka dilihat memecut menaiki basikal yang dipercayai basikal lajak. 


Namun, netizen mendakwa kes itu telah diselesaikan di mana ibu bapa kepada remaja itu telah memulangkan semula basikal yang dicuri. Pemilik rumah itu juga telah membuang video tersebut. 

Walaupun begitu, adalah dinasihatkan kepada ibu bapa untuk memantau aktiviti anak-anak agar tidak terjebak dengan perkara/perbuatan yang tidak berfaedah sehingga merosakkan masa depan mereka. 

Sebaik-baiknya, luangkan masa bersama anak-anak dan tunjukkan bahawa anda mengambil berat mengenai mereka. Jika berkemampuan, bertanyalah apa yang mereka mahukan atau perlukan. Dengan cara itu, mungkin sedikit sebanyak dapat membantu mengelakkan mereka dari melakukan perbuatan yang tidak menjatuhkan maruah keluarga. 

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram