Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Akibat letak kaki di dashboard kereta, pinggang wanita ini hancur 100%

0

Gambar imbasan x-ray menunjukkan pinggang seorang wanita muda hancur akibat meletakkan kakinya di dashboard kereta, dikongsikan oleh polis trafik sebagai amaran kepada penumpang agar tidak melakukan perbuatan itu. 

Pinggang mangsa hancur selepas dia terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika dia meletakkan kakinya di dashboard. 

Sarjan Ian Price dari Polis Dyfed-Powys di Wales, memuat naik gambar itu sebagai amaran agar penumpang di di hadapan tidak meletakkan kaki mereka di dashboard.

"Ini gambar x-ray kecederaan yang dialami penumpang depan kerana meletakkan kakinya di atas dashboard dan terbabit dalam kemalangan.

"Kalau nampak penumpang depan buat begini, hentikan pemanduan dan tunjukkan kepada mereka gambar x-ray ini," katanya. 

Difahamkan, mangsa terselamat dari kejadian itu tetapi kecederaan itu telah mengubah hidupnya secara total. 

Dalam satu kes yang berlaku pada 2017, seorang ibu kepada tiga anak lumpuh selepas terlibat dalam kemalangan dan ketika itu mangsa meletakkan kakinya di atas dashboard. 

Mangsa, Audra Tatum mengalami patah di bahagian hidung, pergelangan kaki dan beberapa lagi bahagian lain selepas airbag terkeluar lalu menolak kakinya dan terus menghentam mukanya. 

Sumber: Daily Mail

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram