Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Budak ditikam jiran masih trauma, suspek minta maaf kerana tidak sedar apa yang dilakukan

0

Mangsa ditikam jiran di Kampung Keda Che Bema, Sungai Petani kelmarin dilaporkan semakin pulih tetapi masih berada dalam keadaan trauma dan sedang dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim. 

Nur Adawiyah Safiyya Zulkefli, 5, banyak mendiamkan diri, berbeza dengan sikapnya yang peramah sebelum ini. 

Ibunya, Juliana Shafie, 41, berkata, anaknya enggan berbual dengan siapa yang datang melawat walaupun saudara mara mereka sendiri. Malah, mata Adawiyah memandang ke arah lain, enggan berdepan dengan mereka. 

Adawiyah hanya bersuara jika dia terasa sakit di bahagian luka tikaman dan selebihnya banyak berdiam diri. 

Difahamkan, mangsa masih belum dibenarkan pulang kerana keadaannya yang masih lemah ekoran luka dan kehilangan darah serta ususnya hampir terkeluar pada hari kejadian. 

Menceritakan semula kejadian itu, kakak mangsa, Siti Khalijah Zulkefeli, 20, berkata, mereka tergamam apabila melihat suspek masuk ke dalam rumah secara tiba-tiba dan terus menikam adiknya sebelum melarikan diri dan kemudian muncul semula untuk meminta maaf. 

Terdahulu, mangsa baru pulang dari tadika dan tidur bersama ahli keluarga lain di ruang tamu. Siti Khalijah kemudian terdengar bunyi pagar kayu dapur rumah seperti dilanggar seseorang dan menyangka mungkin rakan adiknya yang datang ke rumah untuk bermain. 

Beberapa minit kemudian, suspek melutut di tepi mangsa dan terus menikam perutnya dengan pisau. Juliana terus menyergah membuatkan suspek terkejut dan melarikan diri. 

Jelasnya, suspek berusia 27 tahun itu sangat rapat dengan mereka dan tidak menyangka dia tergamak menikam mangsa. 

"Hubungan kami rapat dari dulu dan dia sering belanja kami sekeluarga makan. Dia juga baru lima hari pulang dari Singapura kerana bekerja di sana sebagai pembantu kedai makan. 

"Memang dia ada minta maaf dengan kami kerana katanya dia tidak sedar apa yang dilakukan," katanya. 

Sumber: Harian Metro

LAPORAN BERKAITAN

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram