Catuan air di Melaka bermula 29 Jan - 9 Feb, 550,673 pengguna bakal terjejas


Bermula 29 Januari ini, Melaka terpaksa melakukan catuan bekalan air secara berjadual berikutan paras air di tiga empangannya semakin susut. 

Sebahagian besar penduduk di dalam daerah Melaka Tengah dijangka akan terjejas, manakala bekalan air bagi hospital, kawasan perindustrian dan pusat pelancongan tidak akan terjejas. 

Bagi memastikan bekalan air mencukupi, bekalan air berjadual akan mula disalurkan kepada penduduk yang terjejas bermula Rabu ini yang membabitkan 550,673 penduduk di negeri ini.

Setakat ini, Syarikat Air Melaka (SAMB) masih belum mengeluarkan jadual catuan air. Tetapi menurut info yang tersebar di media sosial, catuan bakal bermula pada jam 10 pagi 29 Januari hingga 9 Februari. 

Di hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad (1, 2, 8 da 9 Februari) bekalan air akan ada. 

Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk membuat persediaan awal dan menyimpan air yang secukupnya untuk kegunaan seharian.

Sumber: Harian Metro