Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Ibu tunggal didakwa dera & bunuh bayinya berusia 2 tahun

0

Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini mendakwa seorang ibu tunggal di atas pertuduhan membunuh anak kandungan yang berusia 2 tahun 10 bulan. 

Tertuduh, Nurul Shamira Mazlan, 22, yang dituduh melakukan jenayah itu antara 5 hingga 11 Januari lalu hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya. 

Tertuduh yang tidak bekerja didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian Nur Shahana Abdus Quddus di kediamannya di Taman Kempas Indah antara jam 11 pagi hingga 12 tengah hari antara 5-11 Januari 2020. 

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika tertuduh didapati bersalah. 

Peguamnya, Muhammad Ashraff berkata, teman lelaki anak guamnya dibebaskan di bawah jaminan mahkamah, tetapi akan dipanggil untuk menjadi saksi. 

Majistret menetapkan sebutan semula kes pada 24 Februari depan bagi mendapatkan laporan bedah siasat dan laporan kimia. 

13 Januari lalu, Nurul Shamira meninggal dunia dipercayai didera oleh ibu kandung dan teman lelakinya. Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultan Ismail berikutan masalah jangkitan kuman. 

Doktor yang merawat mangsa juga menemui kesan lebam di tangan kiri dan kanan serta bahagian perut, selain kesan gigitan di tangan kiri dan kanan mangsa yang dipercayai akibat didera. 

Bedah siasat mendapati, mangsa mati disebabkan kecederaan di bahagian tengkorak serta usus akibat hentakan objek tumpul. 

Sumber: Berita Harian

LAPORAN BERKAITAN

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram