Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Koronavirus: Agong titah rakyat jaga kesihatan diri, patuhi arahan pihak berkuasa & baca maklumat rasmi dari KKM sahaja

0

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri´ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan rakyat Malaysia agar memberikan keutamaan kepada keselamatan dan kesihatan diri susulan wabak 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) yang melanda beberapa negara termasuk Malaysia, ketika ini.

Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, yang menzahirkan kebimbangan berikutan pengesanan empat kes koronavirus di Malaysia sehingga semalam, bertitah seluruh rakyat perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan, terutama sekali bagi mereka yang menetap atau mengembara di kawasan terjejas dengan wabak itu. .

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka berdua menyeru rakyat untuk mengambil inisiatif bagi memahami wabak ini dengan lebih mendalam serta sentiasa mengikuti nasihat dan saranan langkah-langkah pencegahan sepertimana yang telah digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). .

“Ini termasuk sentiasa mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan serta sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung,” katanya dalam satu kenyataan Istana Negara hari ini.

Beliau berkata, Seri Paduka berdua turut menitahkan orang ramai untuk mengikuti perkembangan terkini wabak itu dengan membaca pelbagai maklumat yang disebarkan melalui mana-mana saluran rasmi KKM.

Al-Sultan Abdullah turut menasihati semua rakyat sentiasa merujuk kepada panduan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Luar Negeri Malaysia mengenai keputusan terbaharu pihak berkuasa Republik Rakyat China pada 23 Jan, 2020 untuk melanjutkan penggantungan perjalanan keluar ke tujuh bandar lain, di samping Wuhan di wilayah Hubei. .

Bandar-bandar itu adalah Huanggang, Ezhou, Chibi, Xiantao, Qianjiang, Zhijiang dan Lichuan.

Sumber: Bernama

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram