Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Koronavirus: Enggan dikuarantin, pasangan China bawa keluar anak dari hospital JB

0

Pasangan suami isteri warga China membawa keluar anak mereka yang berusia 2 tahun dari hospital tanpa kebenaran kerana tidak mahu dikuarantin. 

Lapor Harian Metro, kejadian itu berlaku semalam di sebuah hospital di Johor Bahru dan kanak-kanak disyaki mempunyai simptom koronavirus. 

Difahamkan, kanak-kanak itu datang ke hospital awam pada jam 10.18 malam selepas disarankan hospital swasta kerana dia mempunyai simptom influenza seperti demam, batuk dan demam kejung. Tetapi pasangan itu tidak mengakui perkara itu. 

Selepas diperiksa, doktor mengesahkan pesakit itu mempunyai demam virus yang dipercayai koronavirus, lalu memaklumkan kepada pasangan itu bahawa anak mereka perlu dipindahkan ke hospital awam lain untuk dikuarantin dan siasatan lanjut. 

Tetapi pasangan itu enggan berbuat demikian atas alasan mereka perlu pulang ke China dan sudah menempah tiket penerbangan ke negara itu yang dijadualkan berlepas pada jam 10 pagi hari ini. 

Pihak hospital menjelaskan, pihak berkuasa di lapangan terbang tidak akan membenarkan mereka berbuat demikian kerana suhu badan anaknya yang tinggi. Pasangan itu tetap berdegil dan mahu anaknya dirawat dengan ubat demam dan batuk sahaja. 

Disebabkan kedegilan pasangan itu, doktor terpaksa membuat laporan polis. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru, Superintendan Mohd Afzanizam Yahya, mengesahkan kejadian itu dan pihaknya sedang mengambil tindakan sewajarnya. 

Sumber: Harian Metro

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram