Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Penunggang motosikal parah dilanggar pemandu mabuk

0

Polis menahan seorang lelaki kerana memandu dalam keadaan mabuk sebelum terlibat pelanggaran dengan sebuah kereta dan sebuah motosikal sehingga menyebabkan mangsa cedera parah, dalam kejadian di Jalan Ayer Itam, di sini awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi, lelaki berusia 24 tahun itu yang berada di bawah pengaruh alkohol memandu kereta Proton Waja dari arah bulatan Ayer Itam menuju ke arah pusat bandar, dan ketika tiba di lampu isyarat Jalan Ayer Itam simpang Jalan Padang Tembak telah melanggar sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipandu seorang wanita.

"Akibat pelanggaran itu, kereta Proton Waja tersebut telah hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan, sebelum merempuh sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki berusia 40 tahun," katanya di sini hari ini.

Katanya penunggang motosikal itu mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, badan serta kaki kanan dan menerima rawatan di zon merah Hospital Pulau Pinang, manakala pemandu Myvi berusia 22 tahun turut cedera di badan, tangan serta kepala dan menerima rawatan di hospital sama.

"Pemandu Proton Waja itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan ujian alkohol mendapati lelaki tersebut memandu dalam keadaan mabuk. Kes disiasat menurut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu memandu di bawah pengaruh alkohol dan menyebabkan kematian atau kecederaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang 3 tahun dan tidak lebih 10 tahun dan denda tidak kurang RM8,000 dan tidak lebih RM20,000," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata polis menahan seorang lelaki berusia 30-an kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Op Mabuk yang dijalankan di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Butterworth dekat sini awal pagi ini.

Katanya dalam operasi bermula pukul 11 malam itu, lelaki tersebut memandu sebuah kereta dan tidak mengaku berada dalam keadaan mabuk serta memberikan pelbagai alasan kerana enggan memberikan polis menjalankan ujian alkohol ke atasnya.

"Namun ujian alkohol mendapati lelaki itu di bawah pengaruh arak kerana baru balik berhibur di sebuah pusat hiburan dan dia ditahan untuk siasatan lanjut. Dalam operasi itu sebanyak 43 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik," katanya.

Sumber: Bernama

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram