Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Taman Tema dikecam netizen kerana guna khinzir untuk lakukan 'bungee-jump' pada hari pembukaan

0

Netizen di China menyelar tindakan pihak taman tema yang menggunakan khinzir untuk melakukan 'bungee-jump' setinggi 70 meter bagi merasmikan hari pembukaan taman tema mereka. 

Dalam video yang dimuat naik di laman Weibo, haiwan seberat 75 kilogram itu diikat pada tali bungee jump dan ditolak jatuh ke bawah. 

Sebaik melihat khinzir itu menjunam ke bawah, para hadirin ketawa dan bertepuk tangan. 

"Aku tak nampak apa yang kelakarnya pun. Apa hal mangkuk-mangkuk hayun ni semua ketawa? Hanya kerana haiwan tu tak dapat nak tunjuk perasaannya, tidak bermaksud dia tidak takut," kata netizen. 

"Ikat je boss diorang dan campak ke bawah, itu mungkin lebih menyeronokkan," kata seorang lagi netizen. 


Bagaimanapun, pemilik taman tema itu tampil dan cuba memberi penjelasan. 

"Hari ini adalah hari pembukaan, kami biarkan khinzir itu melakukan terjunan pertama kerana harga daging khinzir agak mahal pada tahun ini dan baru-baru ini, harganya terjejas sedikit," kata wanita yang tidak dinamakan itu. 


Jelasnya lagi, aksi itu juga sebagai tanda berakhirnya tahun khinzir dan sekali gus menyambut kedatangan tahun tikus yang akan bermula Sabtu ini.

Selepas perasmian itu, haiwan tersebut dilihat dibawa keluar dari tempat itu. Seorang pekerja di taman tema itu berkata, adalah 'normal' untuk khinzir itu mengalami kejutan sebelum disembelih. 

"Ia sekadar hiburan saja," katanya. 


China tidak mempunyai undang-undang untuk melindungi haiwan, tetapi sejak kebelakangan ini ada pihak NGO yang bersuara meminta pihak kerajaan menghentikan penderaan terhadap haiwan. 

Sumber: Asia One

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram