Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Tulang rusuknya patah, paru-paru bocor, jantung pula berhenti' - Anak tercampak dalam kemalangan akibat tak diletakkan di car seat

0

"Akak dah puas pikir dah ni. Kalau macam ni, agak-agak koranglah, kena saman tak dengan JPJ atau polis tak?" demikian gurauan pengguna di Facebook mengenai peraturan baharu yang mewajibkan kanak-kanak ditempatkan di kerusi keselamatan kanak-kanak. 

Bermula tahun ini, kerajaan mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak di dalam setiap kenderaan persendirian. Bagi tempoh enam bulan pertama, pihak berkuasa akan memberi peringatan. Saman akan dikeluarkan terhadap pemandu kenderaan yang ingkar bermula 6 Jun depan. 

Bagi sesetengah orang, mungkin isu ini agak seronok untuk dijadikan sebagai bahan sindiran atau gelak ketawa sesama rakan. Tetapi tidak bagi mereka yang sudah mengalami detik-detik kehilangan anak tersayang. 

Seperti pengalaman yang dikongsikan oleh bekas petugas perubatan di sebuah hospital di Terengganu yang kerap menerima kes kemalangan ngeri. 

GAIS, masa tengok gambar ini tadi, terus saya terimbau kenangan 10 tahun lalu, zaman bertugas di satu hospital daerah di Terengganu dulu. 

Hospitalnya terletak di tengah route yang menghubungkan Kuala Terengganu dengan Kota Bharu. Pemandu memang selalu speeding di kawasan situ. Jadi, kami selalu dapat kes-kes kemalangan jalan raya yang teruk. 

Kes yang paling saya ingat adalah beberapa hari sebelum hari raya. Salah satunya, sekeluarga yang nak balik ke Kelantan. Mangsa semuanya berjumlah lebih kurang lapan orang. 

Memang havoc Jabatan Kecemasan kami pada hari itu sebab semuanya mengalami kecederaan parah. Siap kami activate code blue. Terpaksa minta bantuan anggota dari wad supaya sama-sama stabilkan semua mangsa. 

Ayah patah kedua-dua belah tulang paha dan belakang. Mak tak sedarkan diri dan patah tulang beberapa tempat juga. Yang paling sedih, tengok dua orang anak kecil berusia lebih kurang 5 dan 2 tahun juga terlibat sama. 

Mereka berdua tidak sedarkan diri. Kanak-kanak yang besar sikit cedera teruk di kepala, mengalami sawan tanpa henti. Berdarah di merata-rata. Tulang pahanya juga patah. 

Yang paling terkesan pada Farah apabila melihat si adiknya. Tercungap-cungap tak cukup pernafasan. Tulang rusuk patah teruk dan kedua-dua belah paru-parunya bocor. Kami terpaksa bertindak segera memasukkan tiub untuk membantu pernafasannya. Kemudian terpaksa tebuk kedua-dua belah paru-paru dia. 

Dulu, untuk budak yang sangat kecil seperti ini tak ada set untuk tebuk paru-paru disimpan di hospital daerah. Semuanya saiz yang lebih besar. 

Jadi, kami terpaksa menggunakan apa sahaja barang yang ada asalkan boleh alirkan segera darah dan udara yang terkumpul di dalam paru-parunya. Kami masukkan tiub kencing saiz paling kecil. 

Semasa nak tebuk itu memang struggle habis sebab badannya halus sangat, ruang antara tulang rusuk itu pun sangat sempat. 

Masa kena buat prosedur itu, saya tak berhenti-henti berdoa supaya berjaya. Sebab kalau tak menjadi, memang pernafasan budak ini boleh jadi semakin teruk. 

Bila dah selesai tebuk paru-paru, tiba-tiba jantungnya pula berhenti. Kami terpaksa beri bantuan CPR lebih kurang 10 minit. Horror memang horror guys. Dahlah paru-paru cedera parah, kena pula CPR. 

Inilah pengalaman yang paling saya tak boleh lupakan selama bekerja di hospital itu. Mereka ini cedera teruk sebab tercampak. Tak dipakaikan seat belt semasa kejadian. Ya lah, zaman itu kesedaran car seat untuk kanak-kanak masih belum meluas. 

Sangat haru melihat keadaan bapa dia. Menangis teruk apabila dimaklumkan tentang keadaan anak dan isterinya. Menyesal tak sudah dan merayu-rayu meminta kami menyelamatkan mereka. 

Bayangkan macam mana keadaan kami pada masa itu. Kami tak kuat, berair jugam ata ini walaupun cuba maintain macho di depan pesakit. Tetapi Alhamdulillah kami dapat stabilkan semua mangsa. 

Hari itu, dua ambulans hospital dan dua ambulans klinik kesihatan terdekat konvoi hantar pesakit ini ke hospital besar. 

Bila saya follow up dengan kawan yang menerima kes pesakit ini, Alhamdulillah kedua-dua kanak-kanak ini survive. Tetapi memang lamalah mereka berada di ICU dan hospital. 

Jadi, kalau sayangkan anak, tolong letaklah mereka di dalam car seat yang proper. 

Sekarang ini mungkin sesetengah orang boleh melawak dan troll benda ni. Tapi bila sudah terjadi pada anak, adik, benda ini takkan jadi satu bahan gurauan lagi. Malahan, mungkin inilah penyesalan seumur hidup yang akan ditanggung. 

Sayangilah anak anda, strap them to the car seat. 

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram