Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

2 sahabat maut dirempuh pemandu mabuk yang baru pulang dari pusat hiburan

0

Dua lelaki yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Paya Keladi Hujung, Kepala Batas, maut akibat dilanggar dari belakang oleh pemandu wanita yang memandu di bawah pengaruh alkohol. 

Kemalangan yang berlaku KM 13.0 Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth arah Sungai Dua pada jam 2.40 pagi semalam menyebabkan Muhamad Syaiful Hilmi Rosidi, 21, Muhammad Amin Najmi Azaman, 19 maut di tempat kejadian dan motosikal Yamah 125 ZR turut musnah terbakar. 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Noor Zainy Mohd Noor berkata, wanita yang memandu kereta Toyota Vios itu dalam perjalanan pulang ke rumah ibunya di Kepala Batas selepas selesai berhibur di sebuah pusat hiburan di Jalan Raja Uda.

Apabila tiba di lokasi kejadian, wanita itu melanggar bahagian belakang motosikal yang menyebabkan kedua-dua mangsa terjatuh ke atas jalan dan meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan. 






Mayat kedua-dua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk dibedah siasat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Paya Keladi, semalam.

Pemandu berusia 47 tahun itu pula direman empat hari untuk disiasat. Ujian saringan air kencing juga didapati negatif dadah tetapi kandungan alkohol dalam badannya melebihi had yang ditetapkan. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kematian. 

Difahamkan, keluarga kedua-dua mangsa akan mengambil tindakan undang-undang terhadap jurujual itu yang menyebabkan anak mereka maut. 

Keluarga mangsa juga berharap pihak kerajaan dan polis akan mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap pemandu mabuk itu kerana sudah kerap berlaku kes kemalangan yang melibatkan pemandu mabuk. 

Sumber: Astro Awani, Bernama

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram