Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Ayah tanya kenapa dia tak bagi ubat yang betul, terus dia (doktor) menjerit' - Pesakit

0

Semalam viral di media sosial video pesakit bertengkar dengan doktor di sebuah klinik kerajaan dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang rata-rata bersimpati dengan doktor berkenaan. 

Berdasarkan kenyataan dari individu yang menyebarkan video itu, kejadian itu berlaku di Klinik Kesihatan Seremban pada jam 7.10 petang. 

Murugan Ramasamy berkata, dia mengalami batuk dan selesema teruk, datang ke klinik itu untuk mendapatkan rawatan. Selepas menjalani prosedur awal, kes Murugan diberi kepada doktor yang bertugas di bilik rawatan nombor 9. 

"Selepas menunggu kira-kira 15 minit, doktor memanggil nombor saya. Saya masuk dan memaklumkan saya mengalami batuk dan selesema. 

"Dia langsung tiada inisiatif untuk memeriksa pernafasan saya dengan stetoskopnya. Jadi, dia memaklumkan yang dia akan memberi saya ubat batuk.

"Apabila berada di kaunter farmasi, nombor saya di panggil dan diberikan ubat selesema dan ubat cirit birit. Saya memberitahu mereka yang saya tidak mempunyai masalah cirit birit, tetapi batuk. 

"Dia (ahli farmasi) memaklumkan doktor tidak menyatakan perkara itu di dalam sistem dan meminta saya bertemu dengan doktor itu semula. 

"Saya pergi bertemu dan bertanya pada dia (doktor) dan doktor itu membalas, "Pergilah beritahu dia" dalam slang mandarin. Jadi, saya pun pergi berjumpa dengan pihak farmasi sekali lagi dan diminta untuk menunggu seketika. 


"Lebih kurang 15 minit saya menunggu, selepas itu nama saya dipanggil dan farmasi meminta saya untuk pergi berjumpa dengan doktor itu sekali lagi dan meminta doktor itu untuk kemaskini kes saya di dalam sistem. 

"Jadi, saya dan ayah pun pergi berjumpa dengannya dan ayah bertanya kenapa dia tidak memberi ubat yang betul dan dia (doktor) menjerit. Ini adalah bukti yang dia menjerit terhadap pesakit hanya kerana meminta ubat yang betul."

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan telah mengeluarkan kenyataan media yang mengatakan k (JKNNS)ejadian itu telah diselesaikan melalui rundingcara kedua-dua pihak. 

JKNNS juga menggesa orang ramai tidak membuat sebarang andaian, selain menegaskan bahawa premis hospital adalah zon larangan untuk merakam gambar dan video.


Sumber: Lobak Merah

LAPORAN BERKAITAN

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram