Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Badut maut ditembak perompak ketika cuba melindungi seorang ibu dan anak

0

Seorang badut yang selalu membantu menceriakan kanak-kanak dengan terapi ketawanya maut ditembak ketika cuba melindungi seorang ibu dan anak sewaktu mereka diserang oleh perompak di sebuah restoran. 

Humberto Rojas Landa, yang juga dikenali sebagai Doctor Cosquillas atau Doctor Tickle maut ditembak perompak di sebuah restoran di Puebla, Mexico. 

Menurut saksi, seorang perompak yang bersenjata masuk ke restoran itu untuk merompak semua pelanggan dalam kejadian yang berlaku pada 6 Februari lalu. 

Mangsa cuba melindungi si ibu dan anak lelakinya dengan memukul perompak itu dengan jug air. 

Berang dengan tindakan mangsa, perompak melepaskan tembakan tepat di kepala mangsa yang berusia 51 tahun itu sebelum melarikan diri dari tempat kejadian dan hanya berjaya melarikan sebuah telefon bimbit. 

Mangsa dikejarkan ke hospital dan bertarung nyawa selama 24 jam sebelum disahkan meninggal dunia. 

Tidak dapat dipastikan sama ada mangsa bekerja sebagai badut atau tidak pada hari kejadian. 



Pihak berkuasa memeriksa video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dilihat melarikan diri dari tempat kejadian, namun masih belum dapat dikenali pasti identitinya. 

Sumber: Daily Mail

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram