Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Bayi 9 bulan maut selepas ditinggalkan 4 jam dalam kereta

0

Seorang bayi berusia 9 bulan ditemui tidak bernyawa di dalam kereta bapanya di Kompleks Tun Razak, Indera Mahkota, Kuantan, tengah hari tadi. 

Mangsa ditemui oleh bapanya sendiri yang ketika itu mahu keluar dari pejabat dan masuk ke keretanya pada jam 1 tengah hari. 

Apabila menyedarinya anaknya di dalam kereta, lelaki itu menjerit "Allahuakbar" kerana panik dan jeritannya itu didengar oleh orang awam yang berada berdekatan. 

Mangsa segera dikejarkan ke Klinik Kesihatan Indera Mahkota dengan menaiki motosikal, namun pihak klinik mengesahkan mangsa telah meninggal dunia. 

Ketua Poilis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusuf Ali berkata, siasatan mendapati mangsa ditinggalkan dalam kereta selama empat jam kerana bapanya terlupa untuk menghantar dia ke taska. 

"Berdasarkan siasatan awal, bapa mangsa keluar menghantar anak sulung berusia 10 tahun ke sebuah sekola hdi Kampung Chendering, Paya Besar pada jam 7.20 pagi, sebelum balik ke rumah untuk mengambil isteri dan anak keduanya berumur 6 tahun dan juga mangsa. 

"Pada jam 8.25 pagi, bapa mangsa hantar anak kedua ke sekolah yang sama dan seterusnya menghantar isteri ke tempat kerja di Indera Mahkota sebelum pergi ke tempat kerjanya di Pejabat Jabatan Kerja Raya yang terletak di Komtur," katanya. 

Difahamkan, mangsa sepatutnya dihantar ke taska di Indera Mahkota 15, tetapi bapanya terlupa untuk berbuat demikian menyebabkan mangsa ditinggalkan dalam kereta sejak jam 9 pagi. 

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk dibedah siasat. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001. 

Sumber: Sinar Harian

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram