'Cukup-cukuplah layan orang politik tu macam raja' - Amerul Affendi


Pelakon Amerul Affendi, 33, semalam meluahkan pandangannya bahawa orang politik tidak perlu dilayan seperti raja kerana golongan ini bekerja untuk rakyat dan dipilih oleh rakyat. 

"Cukup-cukuplah layan orang politik tu macam raja. Pun*** betul lah! Dia orang tu bekerja untuk kita, balaci kita. Kita yang pilih mereka," tulisnya. 


Tweet itu kemudian mendapat perhatian dari pengikutnya yang juga menyuarakan pandangan mereka mengenai isu tersebut. 

Ada yang berpendapat, ahli politik tidak perlu dilayan seperti VIP/VVIP, sebaliknya diberi layanan sama rata kerana tugasnya adalah untuk menjadi wakil rakyat, bukannya ahli perniagaan yang hidup mewah seperti jutawan.