'Jangan fitnah JAKIM, kau yang tak nak bagi kerjasama' - Individu ini dedah bukti JAKIM sebenarnya dah sedia nak bantu tapi Sajjad yang...


Semalam usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruzzaman mendakwa pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau JAKIM tidak membantunya secara serius dalam proses mengesahkan jantinanya mengundang banyak persoalan ramai. 

Dakwaan itu sedikit sebanyak telah mencemarkan imej JAKIM yang selama ini cuba membantu lelaki itu dari terus dibelenggu kekeliruan jantinanya. 

Tampil seorang wanita mendakwa Sajjad telah memfitnah JAKIM secara terbuka melalui media dan disertakan dengan gambar screenshot perbualan yang menunjukkan bahawa JAKIM sememangnya sudah bersedia membantu Sajjad. 

"Jangan fitnah JAKIM. Dr Izwan telah sedia upaya untuk mengesahkan jantina kau Encik Sajjad. Kau tahu apa padanyer? 

"Perbualan aku dengan pihak JAKIM pada 21 Januari 2019 untuk mengesahkan jantina kau. Tapi kau yang tak nak bagi kerjasama pada waktu itu. 

"Sudah-sudahlah Sajjad. Aku bagi bukti sedikit sahaja untuk mengelakkan fitnah ke atas JAKIM," tulis Nurnilam Sari yang turut menggesa netizen menyebarkan gambar bukti itu. 



Semalam, Sajjad mengeluarkan kenyataan bahawa JAKIM tidak serius dalam membantunya. Malah tiada panduan jelas menyebabkan dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan, berjumpa dengan siapa dan sebagainya. 

"Bukan saya tak mahu buat laporan perubatan, sekarang mereka (JAKIM) hanya suruh saya pergi ke hospital tanpa sebarang surat sokongan," katanya. 


Sumber: Nurnilam Sari

LAPORAN BERKAITAN