'Kenapa takut posting ke Sarawak, Sabah?' - Guru kongsi pengalaman menyeronokkan berkhidmat di Sarawak selama 14 tahun


Apabila bergelar seorang guru, sudah pasti gelisah memikirkan tempat yang bakal ditempatkan nanti samada dalam semenanjung atau Sabah, Sarawak. Sudah pastinya ada kalangan mereka tidak mahu ke luar semenanjung, risau dengan keadaan di tempat orang dan juga berjauhan dengan keluarga.

Tetapi, seperti kata guru ini, usah risau jika ditawarkan ke tempat tersebut kerana dari situ pelbagai benda yang dapat kita pelajari. Pengalamannya selama 14 tahun berkhidmat di sana memberikan 1,001 pengalaman yang amat berharga.

KENAPA takut posting ke Sarawak Sabah? Minggu ni, saya dapat banyak mesej dari kawan-kawan yang ditawarkan jadi Guru Intrim ke Sarawak Sabah. Berbagai perasaan mereka. Ada yang bakal jauh dari keluarga, ada yang jauh dari suri hati dan zuriat. Sungguh, ia keputusan sukar. Saya pernah lalui perasaan itu.

Gambar ini, saya pakai Baju Burung lambang pahlawan Iban. Rantai manik Orang Ulu, tiada kaitan dengan keagamaan. Ia adalah adat. Rantai manik juga sebahagian dari hadiah tanda restu masyarakat Kelabit di hari perkahwinan.

Sepasang Baju Burung, kenangan dari sahabat-sahabat geng keras di SK Sayed Othman dulu. I miss you all!

Ini gambar terakhir saya bersama sahabat berbangsa Cina Tan Ah Lek. Tiada beza antara warna kulit. Rukun Damai di Sarawak dulu. 


Nasihat dari saya pada yang sempat 14 tahun di Bumi Miri, Sarawak.
  • Beruntungnya anda masih ditawarkan jawatan bergred 41. Tahu atau tidak, perjawatan sekarang sedang dikecilkan. Kejat, bukan sajat! Jawatan yang juga di trade off. Saya yang pernah naik turun SPA, JPA, MOF untuk banyak urusan perjawatan bila berkhidmat di Putrajaya. Ia sangat sukar. Pergilah, rebutlah jawatan!
  • Carilah kawan seramai mungkin. Saya merindui saudara mara di Miri. Sungguh, kenalan itulah pengubat rindu pada keluarga nanti. I miss Kampung Luak, Masjid Luak.
  • Kalau single, jujurlah single! Kalau dah berjanji, peganglah janji dengan si dia sebelum anda ke Sarawak, Sabah. Ingat, di Sarawak "Sulu Bajiek Amai". Di Sabah "Sumandak tidak kurangnya!" 
  • Libatkan diri dalam masyarakat, kenali siapa Imam kawasan, kenali geng masjid. Bukan semua orang ke Masjid itu baik, tetapi masjid lah tempat berkumpul orang baik-baik.
  • Jangan tunjuk pandai, jangan berlagak pandai. Jangan buat-buat pandai dooo. Tapi, pandai-pandailah membawa diri di tempat orang. 
  • Habiskan ansuran kereta dengan elaun yang tinggi. Ya, Sarawak Sabah elaunnya besar. 17.5% elaun seberang Laut! Habiskan ansuran kereta dulu! Bila anda dapat balik ke Semenanjung selepas habis hutang kereta. Anda akan bebas!
  • Apa kata selepas gred naik, baru minta pindah? Kalau balik semenanjung, gred 41. Ibarat macam fresh grad la. Berlambak orang senior kat sekolah tu. Itu tak termasuk lagi yang perasan Diva sekolah kan.
  • Hormatilah adat mereka. Dulu, saya belajar bagaimana orang Iban dalam tempoh berkabung. Ada kain hitam di lengan baju. Saya belajar bagaimana adat-adat berbagai kaum. Hormatilah mereka, anda akan dihormati.
  • Belajarlah bahasa ibunda mereka. "nama berita?" apa khabar dalam Bahasa Iban. "Inau dengah Ka Au?" apa khabar dalam bahasa Melanau. "Seh, debeh telau" 1,2,3 dalam dilek Miriek. Best belajar banyak bahasa.
  • Jangan takut agama dan kepercayaan lain. Hormati mereka. Jiran saya berbagai bangsa agama keturunan. Masih ingat, jemputan krismas di rumah kaban (kawan) Shalina Engka. Sungguh, mereka menempah catering yang halal. Mereka faham, mereka juga ada saudara mara yang memeluk Islam. Tidak salah kita juga memahami sesama kita. 
  • Ambil peluang mengenali tempat orang. Saya pernah ke Mulu Sarawak. Rupanya, orang Sarawak pun belum pernah ke Mulu. Cantik tempat tu. Untuk rekod, satu-satunya surau di Mulu berhampiran airport tu, adalah usaha bersama dulu. 

Cukuplah, setuju je. Pergilah posting ke Sarawak Sabah!

Dari sebuah meja di bilik Guru SK Sayed Othman, ke sebuah bilik di Putrajaya. A walk To Remember.

Sumber: Mohd Nassru