Slider

Minta sedekah guna pistol, budak & 14 individu ditahan polis


Susulan viral video seorang kanak-kanak meminta sedekah dengan menggunakan pistol di persimpangan lampu isyarat di Bandar Sri Perdana, Lahad Datu, polis menahan 15 individu termasuk kanak-kanak itu pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, kesemua yang ditahan itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah. 

Individu yang ditahan adalah empat wanita dewasa, lima kanak-kanak lelaki dan enam kanak-kanak perempuan, berusia dari enam bulan hingga 41 31 tahun dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu untuk tindakan lanjut. 



Difahamkan, lokasi persimpangan lampu isyarat itu sudah menjadi tempat untuk warga Palauh meminta sedekah biarpun mereka tahu tindakan itu salah dan berbahaya. Polis juga pernah melakukan tangkapan ke atas mereka tetapi sehingga ke hari ini, kumpulan itu tidak pernah serik. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. 

Sumber: Harian Metro
none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo