Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Perbezaan pandangan dengan Muhyiddin mengenai gabungan baharu, punca Mahathir letak jawatan?

0

Keputusan Tun Dr Mahathir Mohamed meletak jawatan sebagai Perdana Menteri secara mengejut, membuatkan banyak pihak tertanya-tanya apakah punca sebenar di sebalik keputusannya itu. 

Berdasarkan laporan dari laman Free Malaysia Today (FMT), Mahathir keluar dari BERSATU juga berpunca dari perbezaan pandangan dengan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai komposisi komponen gabungan baharu itu. 

Menurut sumber yang dipetik oleh FMT berkata, Muhyiddin menyokong pembentukan gabungan baharu yang dinamakan sebagai Perikatan Nasional itu. Tetapi Mahathir tidak bersetuju menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk meletak jawatan. 

"Ekoran bantahan beliau terhadap percubaan jahat untuk mengenepi dan menghakis mandat rakyat kepada PH, Dr Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri dan juga pengerusi PPBM (BERSATU). 

"Tun Dr Mahathir dengan jelas menyebut bahawa beliau tidak boleh bekerja dengan UMNO setelah mereka bekerja keras untuk menolak parti itu dalam PRU 14," kata sumber itu. 

Sumber FMT itu juga menjelaskan, cadangan pembentukan gabungan baharu itu menemui kegagalan kerana UMNO membuat permintaan berlebihan.

"Mereka (pemimpin UMNO) minta berlebihan, jadi perbincangan dihentikan buat sementara waktu. Justeru tiada pengumuman dibuat," kata sumber itu. 

Difahamkan, UMNO mahu presidennya Ahmad Zahid Hamidi dan Tengku Adnan Tengku Mansor dilantik ke jawatan tertinggi dalam gabungan baharu itu. Manakala Hishammuddin pula dilantik sebagai timbalan perdana menteri. 

"Permintaan mereka ditolak serta-merta," katanya. 

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram