Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Tin Sardin Berulat: 'Tiada organisma hidup boleh meneruskan hidup dalam proses sterillisasi' - Ayam Brand

0

Susulan viral video dari seorang pengguna Facebook yang mendakwa menemui puluhan ulat dalam produk tin sardin tempatan, Ayam Brand telah mengeluarkan kenyataan rasminya. 

KAMI mengambil maklum tentang video yang tular di media sosial mengenai ulat yang dijumpai di dalam tin terbuka Ayam Brand mackerel dalam sos tomato. 

Pita video itu telah diperiksa oleh Pihak Kualiti Ayam Brand. Kehadiran ulat hidup dalam makanan bertin yang tidak rosak adalah mustahil secara saintifik kerana proses pensterilannya. 

Pensterilan secara konkrit membawa maksud bahawa tin selepas melalui proses pemanasan haba yang tinggi pada suhu lebih tinggi daripada 10 darjah celcius selama lebih dari satu jam. Ia akan mewujudkan keadaan kedap udara (tiada oksigen) di dalam tin yang telah siap dimasak. 

Sekiranya tin itu 'dipenuhi dengan ulat' seperti yang dipaparkan dalam pita video, ini kerana terdapat kebocoran yang boleh berlaku selepas tin tersebut terjatuh dari rak di pasar raya. 

Walau bagaimanapun, dalam kes ini jika ulat tersebut telah menetas dan membesar, maka makanan tersebut akan menjadi busuk dan berbau sebelum pengguna membuka tin. 

Tiada organisma hidup boleh meneruskan hidup dalam proses sterillisasi. Dari pengalaman yang lepas, semua penyiasatan kes yang serupa telah menyimpulkan bahawa benda asing langsung bukan dari produk bertin. 

Kami ingin menasihati orang ramai agar tidak mempercayai dan tidak menyebarkan maklumat yang memngelirukan. 

Produk Sardin dan Mackerel Ayam Brand adalah 100% diusahkan oleh pekerja tempatan Malaysia di kilang kami iaitu di Taiping yang merupakan hak milik Ayam Brand sepenuhnya. 

Kilang Ayam Brand telah melaksanakan sistem HACCP dan ISO 9001:2015 yang diperakui, diaudit dan disahkan oleh Pihak Berkuasa Malaysia, US FDA dan Pihak Berkuasa Pemakanan Eropah. 

Sardin dan Mackerel Ayam Brand adalah disahkan halal oleh Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan juga disenaraikan sebagai salah satu syarikat yang bertanggungjawab. 

Ayam Brand adalah jenama yang dipercayai selama 128 tahun kerana sentiasa membawa kualiti standard yang tinggi. 

Sumber: Ayam Brand

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram