Slider

Tun Dr Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri sementara, wajah sugulnya buat netizen sedih


Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan berkata, Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri interim sementara menunggu perlantikan Perdana Menteri yang baharu. 

Beliau berkata, Yang di-Pertuan Agong (YDPA) juga berkenan menerima peletakan jawatan Mahathir sebagai Perdana Menteri. 

Pelantikan Mahathir sebagai Perdana Menteri interim dilakukan mengikut Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan di mana Mahathir akan menguruskan pentadbiran negara sehingga penggantinya dan anggota Kabinet baharu dilantik. 

Juga menarik perhatian netizen di media sosial apabila pihak media menyiarkan gambar Mahathir yang kelihatan sugul ketika keluar dari Istana Negara pada jam 6.19 petang tadi. 


Sumber: Harian Metro
none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo