(Video) Kaki prank bakal dipenjara 5 tahun kerana buat prank sawan koronavirus palsu dalam tren


Seorang lelaki di Rusia yang juga merupakan 'kaki prank' yang berpura-pura mengalami sawan akibat koronavirus di dalam tren di Moscow bakal berdepan dengan hukuman penjara selama lima tahun disebabkan tindakannya itu. 

Karomatullo Dzhaborov dalam video viral itu berpura-pura terjatuh dan mengalami sawan dalam tren beberapa minggu lalu ketika dunia sedang bimbang dengan penularan wabak koronavirus. 

Dalam video itu, beberapa penumpang lain dilihat bergegas cuba membantunya sebelum Karomatullo mula menyawankan dirinya. Turut kedengaran ada yang menjerit bahawa Karomatullo menghidap penyakit koronavirus.

Difahamkan, video itu dirakam pada 2 Februari lalu dan dimuat naik di media sosial sebelum dipadamkan. 


Ekoran itu, polis telah menahan Karomatullo pada Isnin dan sedang mengesan dua lagi rakannya yang terlibat sama dalam menjayakan video prank itu. 

Jika didapati bersalah, Karomatullo boleh dipenjara lima tahun dan denda 500,000 rubles (RM33,000). 

Peguamnya, Aleksey Popov berkata, anak guamanya menyerah diri kepada polis selepas waran tangkap dikeluarkan terhadapnya yang tidka menyangka situasi itu menjadi semakin buruk. 

Aleksey juga berkata, Karomatullo berbuat demikian untuk meningkatkan kesedaran mengenai wabak koronavirus. 

"Matlamat dia adalah mahu menarik perhatian orang ramai bahawa pentingnya memakai topeng muka dan melindungi diri mereka dari virus berbahaya," katanya. 

Sumber: Daily Mail