Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

15 petugas kesihatan disah positif Covid-19, masih ada pesakit tidak jujur beri maklumat sehingga Ketua Pengarah Kesihatan terpaksa merayu

0

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mendedahkan, 12 petugas kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan tiga daripada sektor kesihatan swasta telah dijangkiti Covid-19. 

Seorang daripada 12 kakitangan KKM itu kini berada di ICU dan bergantung kepada alat bantuan pernafasan. 

"Virus ini tidak mengenal sempadan, tanpa mengira status bangsa, agama atau nilai harta anda, tambahan lagi jika anda seorang petugas kesihatan di barisan hadapan. 

"Pesan ringkas kami kepada orang ramai pada hari ini, bantu kami untuk membantu anda. Duduk di rumah," tulisnya di Facebook hari ini. 


Dalam pada itu, Dr Noor Hisham juga merayu kepada orang ramai dan juga pesakit untuk jujur ketika memberikan maklumat kerana ada yang bertindak menyembunyikan maklumat sebenar sehingga mendatangkan kemudaratan kepada pihaknya. 

"Saya merayu kepada orang ramai dan pesakit untuk jujur dan tidak menyembunyikan maklumat hingga menimbulkan risiko kepada nyawa dan fasiliti kami," katanya. 

Beliau berkata demikian kerana pihaknya mengalami beberapa insiden di mana pesakit menyembunyikan hubungan atau gejala sehingga mendatangkan risiko kepada orang lain. 

"Sejarah perjalanan dan maklumat hubungan rapat, contohnya yang dikaitkan dengan perhimpunan ijtimak tabligh di Masjid Seri Petaling juga tidak didedahkan. 


"Hanya selepas prosedur dan rawatan klinikal selesai, maklumat kritikal terbabit didedahkan. Pada masa itu, keselamatan petugas kesihatan dan fasiliti kami sudah terjejas. 

"Adalah satu jenayah sekiranya anda tidak mendedahkan atau menyembunyikan maklumat," katanya. 

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram