'Akhirnya terciduk' - Suspek mengkepala bapakkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan ditahan polis


Susulan viral video lelaki yang memperlekehkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri beberapa hari lalu, polis telah menahan lelaki terbabit. 

Suspek berusia 49 tahun itu telah ditahan pada petang tadi di Langgar.

Suspek ditahan oleh anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar dan Jabatan siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah. 

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin mengesahkan penangkapan itu dan satu sidang media akan dibuat pada malam ini. 

Terdahulu viral video di media sosial di mana lelaki itu memperlekehkan arahan PKP yang dilaksanakan bermula 18 hingga 31 Mac 2020 dengan menunjukkan sekumpulan orang sedang menjamu selera di kenduri kepala kambing. 

Dalam video itu, suspek menyebut, “Sekarang ni musim Covid 19 pakait duk kena berkurung tapi ni tak berkurung, kedarah makan kambing. Kuarantin kepala bapak hang, kuarantin,” yang mengundang pelbagai reaksi netizen mahu lelaki itu ditahan dan dikenakan tindakan tegas. 

Sumber: Berita Harian

LAPORAN  BERKAITAN