Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Korea Utara ancam tembak warga China jika mendekati negaranya, bimbang penularan wabak Koronavirus

0

Seluruh dunia sedang giat melawan wabak COVID-19 (Koronavirus) termasuk berlumba-lumba menghasilkan vaksin bagi merawat pesakit yang disahkan positif. 

Namun, bagi menghasilkan semua itu memerlukan peralatan dan dana yang banyak menyebabkan tidak semua negara mampu melakukannya. 

Korea Utara juga tidak terkecuali. Dek masalah 'kewangan', Kim Jong Un memberikan cara terbaik dan murah agar Koronavirus tidak tersebar di negaranya, iaitu menembak mati mana-mana individu yang disahkan positif Koronavirus. 

Bahkah, sudah ada rakyatnya yang disahkan positif koronavirus ditembak mati kerana lari dari pusat kuarantin. 

Kini, penduduk China di sempadan berhampiran Korea Utara juga terpaksa berhati-hati. Kerajaan China juga mengeluarkan larangan kepada rakyatnya agar tidak berkeliaran di sempadan kedua-dua negara kerana bimbang mereka ditembak mati. 

Ini kerana, tentera Korea Utara dipercayai akan menembak warga China tanpa mengetahui sama ada mereka benar-benar positif koronavirus atau sebaliknya. 

Regim Kim Jong Un juga telah mengeluarkan kenyataan kepada warga China di sempadan berkaitan dengan hal itu. 

Dengan pengumuman kenyataan itu, rakyat China yang tinggal di kawasan sempadan tidak lagi berani berkeliaran kerana bimbang nyawa mereka ditamatkan segera. 

Sumber: The Telegraph

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram