Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Kerajaan digesa benarkan rakyat kembali bekerja untuk tangani impak ekonomi dari impak PKP

0

Kerajaan Persekutuan digesa untuk membenarkan rakyat Malaysia kembali bekerja secepat mungkin sebagai usaha untuk menangani impak ekonomi daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam kenyataan hari ini, Penasihat Khas Pelaburan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lee Kah Choon berkata pergerakan atau aktiviti telah terhenti susulan PKP dan terdapat peluang yang tinggi untuk tempoh PKP dilanjutkan berdasarkan jumlah kes Covid-19 baru yang meningkat.

Beliau menggesa kerajaan Persekutuan untuk segera melaksanakan protokol Alam Sekitar, Kesihatan dan Keselamatan (EHS) untuk industri mengguna pakai bagi memulihkan sektor pembuatan dan membenarkan rakyat Malaysia kembali bekerja dengan perlindungan yang sewajarnya.

Katanya kerajaan, industri dan pekerja perlu membina kepercayaan antara satu sama lain dan membentuk kerjasama dalam usaha untuk menjayakannya.

“Kita perlu melihat kepada anjakan paradigma daripada mempertaruhkan kesihatan terhadap ekonomi. Jika tidak, kita mungkin mempunyai kerajaan yang muflis, industri yang ditutup secara kekal dan pengangguran menanti kita selepas pandemik ini berakhir," katanya.

Sebagai sebuah negara yang bergantung kepada sektor pembuatannya, yang menyumbang 85 peratus daripada eksportnya, PKP akan memberi impak negatif kepada negara sekurang-kurangnya dalam dua aspek, kata Lee.

"Pertama, kesejahteraan ekonomi negara. Sebarang sekatan pergerakan yang berpanjangan di Malaysia akan menyaksikan rantaian bekalan kita akan digantikan oleh negara-negara seperti China, Korea Selatan, Taiwan dan Singapura," katanya.

Beliau berkata PKP juga akan menjejaskan kesejahteraan rakyat dari segi pekerjaan mereka.

“Walaupun kadar pengangguran negara hanya melebihi tiga peratus (0.5 juta) sebelum PKP, unjuran terkini menunjukkan kita mungkin menyaksikan kadar pengangguran sebanyak 15 peratus (2.4 juta) jika kita tidak segera membenarkan tenaga kerja kita kembali untuk kerja yang produktif semula," katanya.

Sumber: Bernama

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram