Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Paraglider maut terhempas ke tanah ekoran masalah teknikal

0

Seorang lelaki berasal dari Amerika Syarikat maut selepas mesin paragliding yang dinaikinya terhempas ke tanah ekoran masalah teknikal. 

Dalam kejadian yang berlaku pada 1 April 2020 di Thailand, paragliding mangsa menghadapi masalah teknikal sebaik saja berlepas. 

Bertindak di atas panggilan kecemasan pada jam 8 pagi, Balai Polis Sattahip terus menubuh dan mengarahkan pasukan penyelamat pergi ke lokasi kejadian di daerah Chon Buri. 

Mangsa ditemui terbaring di tanah dengan keadaannnya yang cedera parah termasuk luka teruk di bahagian dada. Rakan-rakannya memberitahu, mangsa bernama Denis dan berusia 60 tahun. 

Mangsa diberi rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Wat Yangsangwararam, tetapi disahkan meninggal dunia selepas tiba di bilik kecemasan. 

Menurut keterangan rakan mangsa, Denis tiba awal di lokasi untuk menjalani latihan paragliding. Sebaik saja berlepas, mesinnya menunjukkan tanda-tanda kerosakkan.

Dengan kelajuan angin yang kuat ketika itu menyebabkan Denis hilang kawalan lalu terjunam ke tanah. 

Polis telah menghubungi Kedutaan Amerika Syarikat agar keluarga mangsa dapat dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa Denis. 

Sumber: Asia One

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram