8 individu didakwa mengugut & menendang warga emas yang menyerang Rider (wanita) Food Panda


Lapan individu dijangka akan didakwa atas tuduhan mengugut dan menendang lelaki yang didakwa menyerang wanita yang bekerja sebagai penghantar makanan baru-baru ini. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, pihaknya sedang menyiasat laporan yang dibuat oleh mangsa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana melakukan rusuhan. 

"Lelaki itu mendakwa dia ditendang dan diugut di sebuah restoran di Puchong pada 18 Mei 2020. 

"Kami akan mendakwa lapan suspek bersama dengan 10 individu yang lain yang masih bebas, di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada pagi Rabu (27 Mei)," katanya semalam. 

Terdahulu, mangsa didakwa menunjuk isyarat lucah dan menendang seorang wanita yang bekerja sebagai penghantar makanan dalam video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang viral di media sosial.

Lelaki yang dikenali sebagai Hii King, 61, telah didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Khamis 21 Mei 2020, tetapi mengaku tidak bersalah ke atas pertuduhan itu. 

Pada pertuduhan pertama, Hii didakwa menendang dan mencederakan Shazleen Shazmi, 26, di Bandar Puteri, Puchong, pada jam 4.10 petang 18 Mei 2020 di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. 

Pertuduhan kedua, Hii didakwa memalukan kesopanan wanita itu dengan menunjukkan jari tengah padanya pada kejadian yang sama di bawah Seksyen 5509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. 

Polis telah mengambil keterangan dari Hii dan Shazleen setelah kedua-duanya membuat laporan polis berasingan. 

Shazleen mendakwa dia telah ditendang dan ditunjuk isyarat kasar oleh Hii, sementara Hii pula mendakwa dia telah ditendang dan diancam oleh sekumpulan orang di sebuah restoran. 

Sumber: The Star

Post a Comment

0 Comments