11 kluster baharu Covid-19 dikesan, virus ditemui di papan pemotong daging Beijing


11 buah perumahan di selatan bandar raya Beijing dikenakan perintah berkurung susulan wujudnya kluster baharu Covid-19 yang membabitkan pasar borong daging Xinfadi. 

Menurut pihak berkuasa, sebanyak 11 kes baharu Covid-19 termasuk enam kes tempatan menimbulkan kebimbangan akan kemunculan gelombang baharu penularan virus berkenaan. 

Tujuh kes dilaporkan mempunyai kaitan dengan pasar tersebut, manakala enam kes lagi disahkan hari ini. 

Ekoran itu, sembilan sekolah dan tadika berdekatan diarahkan tutup serta-merta. 

Pihak berkuasa Beijing juga memutuskan untuk menangguhkan semula pembukaan sekolah rendah dan semua acara berkaitan sukan dan jamuan makan secara berkumpulan. 

Dua pasar yang dikunjungi oleh salah seorang individu yang disahkan positif Covid-19 juga ditutup. 

Sementara itu, pengerusi pasar borong Xinfadi berkata, virus berbahaya itu dikesan di atas papan pemotong yang digunakan bagi membersihkan ikan salmon import. 

Berikutan itu, rantaian pasar raya gergasi termasuk Wumart dan Carrefour turut mengeluarkan semua stok ikan salmon di bandar raya itu. 

Sumber: AFP, Harian Metro

Post a Comment

0 Comments